Pelbagai kesan yang boleh berlaku bilamana seseorang itu mengalami sembelit termasuklah
☘ Mulut berbau
☘ Sukar menumpukan perhatian
☘ Mengantuk
☘ Malas
☘ Lesu
☘ Resah
Kebiasaannya, seseorang yang mengalami sembelit perlu meneran apabila hendak membuang air besar.
Jika orang dewasa berasa amat menyakitkan tika meneran, apatah lagi untuk bayi.
Berikut merupakan beberapa cara mengatasi sembelit yang boleh anda aplikasikan kepada bayi anda.
1. TUKAR SUSU FORMULA
Untuk bayi yang baru dilahirkan dan hanya menyusu susu ibu, anda tidak perlu khuatir jika bayi tidak membuang air besar selama beberapa hari. Ini kerana, kebiasaannya sembelit tidak akam berlaku disebabkan susu badan. Ibu hanya perlu teruskan penyusuan seperti biasa.
Tetapi, jika bayi anda menyusu susu formula, terdapat kebarangkalian untuk bayi anda mengalami sembelit. Jika terdapat tanda bayi anda mengalami sembelit, ibu boleh cuba untuk mengurangkan kepekatan susu formula ataupun menukar susu formula tersebut dengan jenama lain. Ibu boleh meminta nasihat doktor untuk tahu susu formula yang lebih sesuai untuk bayi anda.
2. BERIKAN BUAH-BUAHAN YANG BERSERAT
Ibu boleh memberikan bayi makanan separuh pepejal yang kaya dengan serat kepada bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula. Sebagai contoh:
🥕 Lobak merah segar yang dikisar
🍌 Pisang yang dilenyek
Untuk kanak-kanak yang berumur setahun keatas pula, ibu boleh berikan jus betik untuk membantu melancarkan sistem pencernaan. Selain mengandungi serat, buah betik juga memiliki bahan semulajadi untuk merangsang pergerakan usus.
3. PERBAIKI RUTIN TANDAS BAYI ANDA
Kebiasaannya sembelit boleh terjadi di usia anak mula aktif bermain ataupun dalam proses bercerai lampin. Anak-anak boleh terleka ketika bermain sehingga terlupa untuk ke tandas. Selain itu, ada juga yang berasa takut untuk ketandas atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, pengalaman mengalami kesakitan ketika meneran menjadikan mereka takut untuk ke tandas.
Oleh itu, ibu-ibu mempunyai tanggungjawab untuk bertanya kepada anak-anak punca mereka takut untuk ke tandas dan sentiasa memberikan perhatian bagi memastikan mereka sudah betul-betul bersedia untuk bercerai lampin. Jangan marah jika mereka tidak sengaja membuang di dalam seluar.
Terdapat pelbagai cara yang ada untuk melatih anak anda termasuklah:
🐰 Sediakan mereka ‘potty training bowl’
🐰 Gunakan tandas cangkung untuk melatih anak anda membuang air besar kerana posisi mencangkung akan memudahkan proses mengeluarkan najis.
4. GALAKKAN BAYI MINUM LEBIH AIR MASAK
Sembelit boleh berlaku apabila badan kekurangan air. Bagi bayi yang sudah berusia 6 bulan ke atas, biasakan mereka untuk minum air masak. Ingatkan kepada mereka untuk minum air setiap satu sejam. Ibu-ibu perlu pastikan anak-anak membawa bekalan air ketika keluar bermain terutamanya ketika cuaca panas.
* Perlu diingatkan, bayi yang berusia 6 bulan ke bawah tidak perlu diberi air masak. Ini kerana susu ibu sudah cukup untuk menampung semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Malah, jika ia diberi berlebihan ini boleh menyebabkan bahaya seperti:
☘ Kekurangan berat badan
☘ Menyusutkan penghasilan susu ibu
☘ Kekurangan garam dalam badan
5. URUTAN LEMBUT
Lakukan urutan setelah mandi dengan air suam kepada bayi anda. Urutan boleh dilakukan di perut bayi bermula dari arah pusat kemudian keluar mengikut arah jam. Kemudian lakukan pergerakan kaki pada bayi dengan cara menggerakkan kedua-dua kaki bayi seolah-olah sedang mengayuh basikal.
Pergerakan kaki ini dapat membantu pergerakan otot perut dan dapat memberi tekanan lembut pada usus bayi.
6. AJAK BAYI BERSENAM / BERGERAK AKTIF
Bersenam boleh membantu melancarkan sistem pencernaan dan memudahkan proses pembuangan anak anda. Bawa mereka keluar bermain sekurang-kurangnya 30 minit dan anda pasti akan dapat melihat perubahan.
Ibu-ibu juga boleh membantu anak-anak untuk membuang dengan menyapu balm Tasneem Naturel Tummy Time.
Anda boleh membuat pembelian dengan menghubungi Ibu di talian:
atau
emailkan pesanan anda kepada fakhriah.ramli@yahoo.com
PENGHANTARAN
1. Menerima order di seluruh Malaysia.
2. Cod di sekitar Kuala Berang, Jertih dan Pasir Puteh. Pos di seluruh tempat lain.
3. Perkhidmatan pos menggunakan Pos Laju dan Gdex (Bergantung Kepada Kesesuaian).
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank atau Bank Islam.
JAMINAN
Produk Balm Tasneem
🌹 100% menggunakan bahan semulajadi
🌹 Selamat digunakan untuk seluruh ahli keluarga termasuk bayi.
🌹Mendapat kelulusan KKM
AGEN BALM TASNEEM ANDA
Nurul Fakhriah binti Ramli (Ibu Ammar)
SMS/WhatsApp: +60133714473
FB Page: Babypedia Anda
Personal FB: Nurul Fakhriah Ramli
Instagram: balmtasneemanda






